Microsoft Office - Word Basic

26 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2020 (Selasa), Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan latihan ICT (Microsoft) – Word Basic. Tujuan kami mengadakan aktiviti latihan ICT ini adalah untuk pelajar khususnya supaya mereka lebih mengenal Microsoft Office khususnya Microsoft Word, melahirkan pelajar agar bijak dan mahir menggunakan Microsoft Word untuk kegunaan sekolah nanti dan melatih pelajar agar biasa menggunakan Word supaya tidak ketinggalan sejajar zaman teknologi ini.

Selain itu, kami juga memberitahu tentang kepentingan Microsoft Office dalam pembelajaran ini kerana zaman sekarang pentingnya ilmu ICT kepada semua memandangkan penggunaan komputer amat penting dalam setiap pembelajaran dan juga dalam alam pekerjaan. Dengan adanya latihan ICT ini dapatlah memudahkan urusan mereka untuk membuat tugasan sekolah nanti.

Kelebihan dan kebaikan asas Microsoft Office:

• Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.

• Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

• ICT juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kepada komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali